"sOmtimeS it's BETTER to be ALONE"

Wednesday, June 26, 2013

surat dari langit

farah..
cukup kalau awak cakap "u..ipod ada dgn u eh?..i nak blh x?"...
itu pn dh ckup bg i..
tapi kenapa awak nak berkeras dgn saya..knp kata2 awak dh hlg kelembutan...
kenapa mesti  kasar dgn saya..apa saya x layak dilayan seperti seorg manusia???


farah..
ketahuilah bkn jenis saya mengambil sesuatu yg bkn milik saya..
sedangkan semua brg yg awak beri saya pulangkan utk apa saya ambil ipod tu..
minta adik awak pk logik..jgn tuduh saya smpai mcm tu..kata2 dia mmg myakitkan hati saya..
utk apa saya ambil ipod tanpa charger..utk apa saya ambil ipod sdgkan saya bkn pnggemar muzik pun..saya bkn jns yg mndengar lagu..awak pun tahu kan..

farah..
mmg saya jmpa ipod tu dlm beg saya..saya xda ksempatan utk bgtahu awak..saya jmpa ipod tu time kita dh breakoff..saya tak terpk sampai mcm ni awak dan adik awak akan tuduh saya..kalau saya tahu awal2 lagi saya akan bgtahu..saya simpan ipod tu sebaik yg mungkin sbb tu je kenangan saya ngn awak yg saya ada..sbb dlm tu ada semua lagu favourite awak farah..kalau itu menjadi kesalahan saya minta maaf..

farah..
awak blh cakap or pk apa saja tntg saya..mayb saya dh tak bermakna apa2 bg awak..apa yg saya rasa mmg dh xpenting bg awak..tapi saya bkn jenis yg mudah2 nak mngkhianati awak..kalau ipod tu lbh brmakna pada awak dan adik awak saya blh pulangkan..dan saya sanggup pulangkan..awak tahu farah,sampai saat ni cuma awak yg berhak untuk sakitkan hati ni..

saya minx maaf utk kasar saya pada awak dan adik awak selama ni....




Monday, June 24, 2013

jerebu yg tebal dan hati yg bebal



kdg2 yg kau rindu bkn orangnya
tapi kau rindu kenangan dgnny
yg kau rindu rutin harianny..
lantas kau rasa nak lari dgn pantas supaya
kau tak lagi dikejar kenangan itu
hakikatny kalau kau jalan perlahan lahan pun
kau mampu hilangkn bayang-bayang..
kenyataanny  kau yg masih mahu simpan dia dalam hati
kalau kau sendiri mahu mendera hati
jangan kau bising nak mengejar janji

Thursday, June 13, 2013

masih ada

selepas 8 bulan..Saya masih tungguu awak..

Thursday, December 13, 2012

selepas 12.12.12

kehadapan kamu yang sangat aku kasih
kenapa mesej aku tidak berbalas?
apa benci sungguh kamu pada aku sekarang?
mungkin berita dari aku bukan lagi benda yang kamu tungu2 kan
bebal sungguh hati kamu
disaat kamu membaca ini,aku masih orang yg sama yg sayangkan kamu
sejak kamu tinggalkan aku,aku ada masalah dgn tido
pernah sampai dua hari aku tak tido..penat tapi sukar nak lelapkan mata
sampai sekarang jika hendak tido aku terpaksa menelan sebijik pil untuk membantu aku pejamkan mata
aku harap penyakit ni tak berlarutan..
kesian abah..dia orang yg paling risaukan aku..
tapi semalam aku mimpi indah..aku mimpi kau datang bawa fox's utk aku
hahahahhahahahahahhahahahaha..
kamu tahu..
sekarang solat aku sudah cukup 5 waktu..
kadang-kadang aku buat solat sunat
bacaan solat aku juga semakin lancar
aku doakan kamu dalam setiap solat aku
setiap kali solat aku doakan kebahagiaan dan jodoh kamu sebaiknya
alhamdulillah kamu seakan sudah bertemu jodoh kamu
sesungguhnya jika betul kamu sudah ada seseorang aku tumpang gembira
aku belajar untuk redha
memang sukar untuk aku tapi aku gembira kalau itu membahagiakan kamu
kamu tetap perempuan yang terbaik yg aku pernah kenal.
setelah apa yang jadi,tak ada sedikit pun rasa benci aku pada kamu..apatah lagi rasa marah..
aku tahu tiada yang kedua untuk kita
malah tiada yang kekal untuk kita
tapi aku tak menganggap kamu sebagai kesilapan
kamu adalah anugerah
sehingga ke saat ini,ya aku sayangkan kamu malah lebih sayang dari dulu
besarnya sayang aku pada kamu hanya Dia yang tahu
aku tak mengharapkan aku terima aku seperti dulu
tapi aku ada untuk kamu seperti dulu
jika apa yang aku buat ini adalah perkara bodoh bagi kamu maka bodohlah aku
maafkan aku untuk semua salahku
macam yang aku katakan dalam mesej aku beberapa hari lepas
aku akan berhenti menganggu kamu..aku akan pergi seperti yang kamu mahukan
ingat saat kamu memaki hamun aku?membabikan aku?menyuruh aku pergi mampus?
hahahahahahahahaha maaf..aku tahu semuanya salah aku
maaf kerana menguji kesabaranmu..
kamu tlg jaga diri kamu sebaiknya ok
makan banyak-banyak
jangan mandi lewat malam
selalu potong kuku
jangan stress2 sangat
be a good daughter
be a good sister
be a good lover

-jaga diri-



Sunday, December 9, 2012

sembilan haribulan

9dec2012
sepatutnya sy ckp "syg,hepi 2yrs 10monthvasary"..tapi disaat ni saya dh kehilangan hak itu..
tapi tadi saya nampak pic baru awak dkt twitter..lega hati saya bila nampak awak dalam pc tu..awak chantek mcm dulu jgk..malah lagi chantek..berseri je muka awak..mungkin awak sdg berbahagia..mungkin awak dah jumpa teman hidup awak...
kalau betul awak dah jumpa saya tumpang gembira..memang saya sedih tapi satu sudut dalam hidup saya,saya selalu mengharapkan awak dapat yang terbaik dalam hidup awak...
saya tahu saya ni perkara terburuk yang penah ada dalam hidup awak..maafkan saya sebab dah buat awak hilang hidup awak yang sebelum ini..
sekarang awak menghukum malah awak membuang saya jauh..tapi saya sentiasa harapkan awak berjaya dunia dan akhirat...
awak..saya nak awak tahu xpernah ada rasa benci,marah pada awak walau sedikit pun..awak tetap orang yg saya sayang..macam dulu..xberubah..

Friday, December 7, 2012

yang penting isinya

sehari dua ni ada status yang menjadi tanda tanya untuk aku..jika keraguan aku benar maka dimana hak aku untuk menghalang...jika aku salah apa erti semua ni..untuk apa kau perlu mainkan perasaan aku..
mungkin kamu semua fikir aku sudah tiada..mungkin kamu semua sudah matikan aku sebelum sampai masanya..maka apa perlu aku ucapkan tahniah kerana berjaya mengusik jiwa aku?..
kamu bercerita seperti aku x tahu membaca..kamu menghukum seperti hanya aku pesalah yg ada..
apa derita aku satu kegembiraan untuk kamu?
kenapa perlu tinggalkan aku di belakang hanya semata mengejar kebahagiaan kamu?
tangan aku masih ada dan mengapa kau pilih untuk menggenggam tangan yang lain?
atau adakah harus ketawa di saat dia mematahkan satu-satu janji yang pernah diucapkan dulu...


Monday, November 26, 2012

bulan dan bintang..awak yg saya pilih

saya tak pernah berubah sejak hari pertama saya cakap saya sayang kamu..
sehingga saat ini..kamu tetap perkara yang terindah yang pernah berlaku dalam hidup saya..
tapi kamu pilih untuk tinggalkan saya..malah kamu dah tinggalkan saya sangat jauh..
cuma sekali saya mohon..cuma sekali tolonglah toleh ke belakang..saya masih di situ..di tempat awak tinggalkan saya..saya masih disitu menunggu awak...